Friday 28 December 2012

Bagi yang mengamalkan makan rumpai laut.

Selalunya akan terjadi tindak balas seperti badan berpeluh sembelit jerawat makin banyak anda dinasihatkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.Ini untuk sistem pncernaan berjalan dengan lancar.

Jika anda ingin minum kopi, nescafe, teh, minuman berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein.Tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas anda mengambil kolagen.

Thursday 27 December 2012

Source of Nutrients.

Source of Nutrients  Most seaweeds are high in essential amino acids, which makes them valuable sources of vegetable protein in a vegetarian or mostly meatless diet.  Like most land vegetables, seaweeds contain vitamins A (beta carotene) and C. Seaweeds are rich in potassium, iron, calcium, iodine and magnesium because these minerals are concentrated in sea water. They are also one of the few vegetable sources of vitamin B-12.  Weight Control  Seaweed is a "free food" when it comes to weight control because it provides only 5 to 20 calories in a serving and contains virtually no fat. Its fiber content also contributes to a feeling of satiety, or fullness when eaten in a meal.  Japanese researchers at Hokkaido University have discovered that a substance in brown seaweeds called fucoxanthin helps reduce the accumulation of fat in the body cells of laboratory animals although there is no evidence that these results carry over to humans.  Salt Substitute  Seaweed granules have been tested in the United Kingdom as a flavor enhancer that could replace sodium in snack foods and other processed food products. Cutting back on salt can reduce the risk of high blood pressure, which reduces the risk of heart attack or stroke.  Blood Sugar Regulation  When eaten as part of a meal, seaweed can help balance blood sugar because its soluble fiber content helps slow the rate at which foods are digested and absorbed into the bloodstream.  Digestive Aid  Agar agar is a gelling agent made from seaweed that's high in soluble fiber. When used as a laxative, agar agar soaks up water in the intestine and swells up. This creates movement in the bowels that helps with elimination of waste.  Other Possible Benefits  Seaweed extracts have been shown to have an anti-cancer and anti-inflammatory effect on laboratory animals, though this has not been scientifically proven in humans.

Kuaci mengandungi kafein.

Tahukah anda yg kuaci juga mengandungi kafein?

Kuaci dari biji bunga matahari mengandung folat, vitamin B6, dan vitamin E. Tapi satu porsi kuaci mengandung 140 miligram kafein, kurang lebih sama dengan empat kaleng minuman bersoda.

Jadi, elakkan makan kuaci jika anda inginkan kulit yg cerah berseri.

Thursday 20 December 2012

Pengenalan jenis-jenis rumpai laut




Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.

Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.

Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan.

Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.

Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak .


KESEUAIAN TAPAK PENGKULTURAN RUMPAI LAUT

a. Perairan laut terlindung

b. Ketinggian ombak 1-2 kaki

c. Saliniti 30-35 ppm

d. Kualiti air laut yang baik

e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.

KEPENTINGAN RUMPAI LAUT

Memandangkan rumpai laut merupakan kumpulan tumbuhan yang banyak mendiami persekitaran laut, maka tumbuhan ini mempunyai peranan yang besar dalam kemandirian sistem ini. Memandangkan sumbangan besar yang dimainkan oleh tumbuhan tidak vaskular ini untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia, maka dirasakan kurang adil istilah rumpai digunakan pada flora ini. Lebih tepat lagi kita istilahkannya sebagai sayur-sayuran memandangkan tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas sebagai makanan.



Kepentingan ekonomi

a)     Makanan pencuci mulut
Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.

     Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai 'limu' telah menjadi makanan kegemaran sejak turun temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha prolifera (alga hijau) danGracilaria coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga merah) yang dikenali sebagai 'purple laver' dimakan dengan beberapa cara. Alga merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat 'blancmange' dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai 'dulse' masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.

b)    Membuat teh dan kandi

Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau 'kombu') dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat the dan kandi. Undaria atau 'wakame' ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat 'nori' (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus 'sushi' (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).
     Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.

c)     Makanan haiwan dan baja

Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kembing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.

d)    Bidang perubatan

Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.

e)     Menghasilkan bahan kimia

Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik.
     Fikokoloid  kedua  yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus ('irish moss') di Atlantik Utara dan Eucheuma  di kawasan tropika. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping membaiki tekstur roti dan sup.


Kepentingan ekologi

a)     Ekologi samudera

Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai laut terutama alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu membendung dan mengurangkan daya ombak yang merempuh pantai. Selain itu, rumpai laut bersama-sama rumput laut (tumbuhan berbunga) bertindak untuk menstabilkan pinggir pantai dan mengurangkan hakisan.

b)    Menyediakan habitat

Rumpai laut menyediakan habitat yang sesuai untuk berbagai-bagai jenis hidupan laut seperti ketam, buran laut, tapak sulaiman, teritip, bunga karang dan alga kecil yang lain. Bentuknya yang rimbun mampu memberikan perlindungan daripada ombak dan juga pemangsa organisma-organisma ini. Organisma yang bersembunyi di celah-celah lamina rumpai laut ini kemudiannya menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut itu sendiri menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut terutama makanan untuk moluska. Rumpai laut yang terdampar di pantai akan mengalami pereputan dan memungkinkan kunjungan pelbagai jenis serangga terutama lalat. Organisma yang makan dan berlindung pada rumpai yang reput ini kemudiannya akan menjadi makanan kepada hidupan lain.

     Alga merah koralin mempunyai peranan yang tersendiri terutama di terumbu karang. Alga merah seperti Porolithon, Lithothamnion dan Lithopyllum menyumbangkan kalsium karbonat untuk pertumbuhan terumbu batu karang, malah kadangkala sumbangan kalsium karbonat ini lebih besar daripada yang diberikan oleh haiwan karang.

Wednesday 19 December 2012

Kolagen rumpai laut boleh membentuk semula KERANGKA TULANG.

Bagi menguatkan tulang, penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen.Kolagen juga membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang,
Kita kehilangan 20% kalsium, magnesium dan fosforus apabila usia meningkat. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Tuesday 18 December 2012

Kolagen menguatkan akar rambut.

Sama seperti sel kuku, kolagen juga terdapat dalam sel akar rambut. Kolagen terdapat didalam lapisan dermis kulit rambut di mana ia berfungsi untuk mencengkam dan menguatkan akar rambut daripada masalah keguguran. Selain itu, kolagen juga terdapat dalam sel rambut itu sendiri yg berfungsi untuk menguatkan struktur rambut dan mengelakkan rambut daripada masalah rambut rapuh. Rambut adalah mahkota tak kira bagi lelaki ataupun wanita. Jadi jangan biarkan masalah ini berterusan kerana disini ada penyelesaiannya. Dengan pengambilan kolagen rumpai laut , ia dapat menggantikan semula kolagen. Fungsi utama kolagen rumpai laut bukan saja merawat penyakit biasa dan kronik malah mampu merawat masalah rambut juga mengantikan dan membaiki struktur untuk semua sel-sel badan. Mengapa perlu bayar lebih jika ada produk yang lebih murah dan berkesan, lebih ASLI, lebih BAIK daripada sebarang produk2 campuran. Bukan perisa yang kita mahu, tetapi KUALITI. Hanya 2 sudu besar sehari sapu di kulit kepala, biarkan 1 hingga 2 jam kemudian cuci dengan syampu. InsyaAllah, masalah kita rambut dapat diselesaikan.

Monday 17 December 2012

Apakah kolagen dan kepentingannya?

Kolagen merupakan ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk awet muda. Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, serta memastikan keanjalan dan kesegaran kulit. Bagaimanapun, ramai yang cuma mempunyai pemahaman terhad tentang kolagen dan tidak sedar akan potensi sepenuhnya terhadap badan kita, mahupun bantuan kecantikan.

Sebenarnya, kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan. Lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen. Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. Ketika usia 25 tahun dan ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. Memandangkan kepentingan kolagen terhadap struktur badan, kejadian ini dianggap agak memudaratkan, ditambah pula dengan kadar pengurangan pertumbuhan hormon.

Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an. Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Apa pula berita baiknya? Susutan kolagen kini boleh diganti menerusi proses yang dipanggil kaedah sintesis kolagen (collagen synthesis).

Terapi sintesis kolagen

Menurut laporan daripada Sekolah Perubatan Harvard, pengambilan kerap makanan tambahan kolagen mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan kolagen baru. Satu lagi penyelesaian yang lebih radikal merupakan terapi suntikan kolagen, apabila wanita dan lelaki memilih bahagian tertentu bagi suntikan yang menunjukkan kesan serta-merta. Tidak kira apa jua kaedah penggunaannya, sebenarnya kolagen hanya boleh diserap ke dalam badan dalam bentuk molekul ringan yang cuma boleh diperoleh daripada 100 peratus protein kolagen terhidrolisis tulen (hyrolysed collagen protein, HCP). Oleh itu, kualiti HCP amat kritikal bagi memastikan proses penggantian kolagen yang berkesan. HCP merupakan kolagen tulen yang telah diproses daripada sumber semula jadi, menyumbangkan asid amino yang diperlukan badan. Sehingga kini, kebanyakan kolagen diekstrak daripada sumber biomarin (ikan jerung), burung (ayam) atau bovin (lembu), tetapi ketiga-tiga sumber mengandungi tahap penyerapan dan keberkesanan sintesis kolagen yang berlainan. HCP daripada rawan jerung selalunya dijual pada harga yang tinggi, dengan kandungan kalsium berlebihan yang mempengaruhi tahap penyerapannya.

Kolagen tumbuh-tumbuhan pula, biasanya protein soya, mempunyai struktur yang berlainan berbanding kolagen haiwan, dan dengan itu lebih sukar untuk menyerap ke dalam sel badan manusia. Kolagen bovin setakat ini mempunyai keberkesanan yang lebih mujarab kerana strukturnya yang hampir dengan badan manusia, dan juga kandungan kalsium yang rendah. Oleh kerana sifat-sifatnya ini, kolagen bovin mampu menawarkan kadar penyerapan sebanyak 80 peratus, membolehkan sintesis kolagen yang efektif dalam badan.

Hasil kekuatan teknologi, kolagen kini boleh diekstrak, diasing, dipadat dan disulingkan ke dalam bentuk yang paling tulen. Hasilnya, HCP atau ringkasnya sumber kolagen yang paling tulen, tanpa bendasing kimia atau asidik. Kualiti kolagen sendiri turut mempengaruhi tahap penyerapannya. Ini diukur dalam tahap Bloom, ukuran bagi menentukan kualiti kolagen. Untuk menggambarkan proses ini, cuba bayangkan proses perahan tebu, yakni jus daripada perahan pertama merupakan hasil yang paling tulen, serta mengandungi rasa dan kualiti terbaik. Air boleh ditambah agar mendapat lebih banyak perahan, dan gula boleh dimasukkan untuk memperbaiki rasa. Ekstrak kolagen menuruti prinsip yang sama, dan kolagen pada tahap ekstrak pertama adalah yang paling tulen dan memiliki kadar Bloom tertinggi, iaitu Bloom 300. Kaedah yang digunakan bagi menyaring kolagen amat penting untuk memastikan kehadiran Bloom, atau kualitinya. Kolagen Bloom 300 dihasilkan menerusi proses yang mengambil masa selama tiga bulan, iaitu 12 bulan lebih lama berbanding proses asidik digunakan di pasaran. Jelasnya, kebanyakan produk hari ini mengandungi kolagen yang berbeza dari segi tahap Bloom. Sesetengah produk pula langsung tidak mengandungi nilai Bloom.

Khasiat kolagen

Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita. Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.

Kesihatan kulit
Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda. Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift. Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut. Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Kuku dan rambut
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

Pengurusan berat badan
Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik. Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Sendi dan tulang
Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis. Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis. Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Kesimpulan
Kini, pakar dan saintis sedang menjalankan lebih kajian dan penyelidikan ke atas kolagen dari pelbagai sudut kerana khasiatnya kepada kesihatan kita. Hakikatnya, kepentingan kolagen dalam badan hampir bersamaan dengan memastikan badan memperoleh kandungan air bagi kelembapan yang berpatutan. Bagaimanapun, pastikan anda memilih rangkaian produk sesuai yang mengandungi kolagen dengan kualiti yang tidak terhingga.

UMS wins seven medals in “Green house concept of solar drier for drying seaweed”.

UMS wins seven medals in Germany  

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) won a total of seven medals, three gold, three silver, and one bronze, at the just concluded International Trade Fair Ideas Inventions New Product (IENA) 2012, in Nuremberg, Germany.  According to UMS vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohd. Harun Abdullah, this was the second time the university took part in IENA.  “This is a remarkable achievement because we competed with many researchers from leading international universities,” he said in a statement, yesterday.  UMS professor Dr Suhami Mohd Yasir won the first gold medal through his innovation, “Green house concept of solar drier for drying seaweed”. The other two gold medals were won by Dr Patricia Matanjun and Associate Prof Dr Charles Vairappan through their products and innovations, “NaTea-Sabah mixture of herbal tea and mint green seaweed Pennywort”, and “Degradable biopolymer bacteria from marine sponge”, respectively.  Patricia’s other research and innovation, “Noval algea derived anti-inflammation drugs” also won a silver medal, while Associate Prof Dr Chye Fook Yee won two silver medals through his research and innovations .  UMS Research and Innovation Management Centre director, Associate Prof Dr Filex Tongkul said most of the products that were developed through these research and innovations were in the process of commercialization.  “This will directly contribute to the income of UMS and researchers as well as to the local communities,” Felix added.

Friday 14 December 2012

KAPAPHYCUS ALVERAZII

Penanaman rumpai laut telah diperkenalkan di sabah seawal tahun 1970-an lagi dan telah berkembang menjadi salah satu sumber ekonomi penting kepada Malaysia terutamanya negeri Sabah. Spesis rumpai laut KAPAPHYCUS ALVERAZII , merupakan sepsis yang diberi tumpuan dalam pertanian rumpai laut. Malaysia merupakan salah sebuah neagra pengimport rumpai laut seiring dengan negara Filipina dan Indonesia.
Kapaphycus Alverazii merupakan rumpai laut yang boleh dimakan yang tumbuh secara SEMULAJADI didalam laut. Rumpai ini tumbuh TANPA bantuan baja dan bahan kimia. Rumpai laut juga digunakan di dalam aplikasi industri farmasi,kosmetik dan makanan.
Ekstrak KARAGEENAN digunakan sebagai pengawal kelembapan lemak di dalam pemprosesan 'patty' daging. Ia juga digunakan dalam proses penjernihan bir, wain dan cuka.
Kappaphycus Alverazii mempunyai rasa seperti SARANG BURUNG dan penuh dengan nutrisi yang amat berguna kepada system tubuh manusia terutama dalam penjagaan KULIT, DIET PEMAKNAN SAYURAN DAN PENGAMBILAN SERAT HARIAN.
Kapaphycus Alverazii juga dikenali sebagai sarang burung laut kerana kandungan nutrisi seperti zat besi, kalsium, kolagen, omega-3 & omega-6, perbagai serat dan protein.

Thursday 6 December 2012

Kolagen bersifat ANTIKUMAN DAN ANTIBAKTERIA



Penyakit keputihan akan menyebabkan virus cepat merebak keseluruh vagina, juga menyebabkan vagina gatal, berbau dan mengurangkan keinginan seks.Kolagen boleh menghilangkan  masalah KEPUTIHAN ini kerana ia bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia menyahkan toksid didalam badan dan menghilangkan semua masalah keputihan, vagina gatal dan berbau.
                                                                      


                                                                           

Wednesday 5 December 2012

Bernama tv video (rumpai laut)


the miracle of human nutrition









 

Rumpai laut boleh merangsang sistem pertahanan badan

Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.
Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.
Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Tuesday 4 December 2012

Rumpai laut boleh mengurangkan tekanan (stress)


Rumpai laut juga telah terbukti untuk memberikan sokongan semasa tekanan dengan membekalkan bukan sahaja magnesium, tetapi asid Pantothenic dan riboflavin serta vitamin B2 yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga. Asid Pantothenic adalah penting terutamanya untuk kesihatan kelenjar adrenalin. Adrenalin mengawal banyak fungsi badan dan memainkan peranan yang penting dalam ketahanan terhadap tekanan. Apabila bekalan nutrien yang diperlukan seperti asid Pantothenic tidak mencukupi,kadar tekanan boleh menyebabkan kelenjar adrenal keletihan kronik.rumpai laut juga boleh mengurangkan rintangan kepada alahan dan jangkitan, begitu juga terhadap perasaan yang terharu atau terlalu gementar.



Kecantikan kulit dan kebaikan antioksida


Kecantikan kulit dan kebaikan antioksida :
Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh dihasilkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan menganggu kecantikan secara nyata.
Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit. Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan kulit itu sendiri.
Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Sistem utama bagi menjamin kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan dengan itu pengambilan nutrien adalah amat penting.

Monday 3 December 2012

Rumpai laut liar dan rumpai laut kolagen.


PERHATIAN!!!!..Ini bukan rumpai laut kolagen. Ini rumpai laut biasa yang tumbuh liar di lautan Kota Kinabalu Sabah,ia kelihatan sama seperti rumpai laut kolagen dan harganya jauh lebih murah, rumpai laut ini hanya boleh dibuat ulam, tidak diiktiraf sebagai kolagen.Ini disebabkan air laut di Kota Kinabalu Sabah tidak sama dengan air laut di Semporna Sabah.Hanya di Semporna Sabah rumpai laut ditanam dan diiktiraf sebagai kolagen.Ini kerana air laut di Semporna Sabah penuh dengan PROTEIN, VIT DAN TIDAK TERCEMAR SERTA TIDAK BEROMBAK.Cara penanamannya juga di pantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Harap pengguna berhati-hati ketika membeli pastikan ia adala rumpai laut kolagen.

Antara barangan yang mejadikan rumpai laut sebagai bahan asas.

Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'.








Video khasiat rumpai laut






Sunday 2 December 2012

Pentingnya kolagen dalam badan anda

Video ini menceritakan sedikit sebanyak tentang pentingnya bagi kita untuk memastikan kolagen mencukupi pada badan kerana ia mengawal keanjalan kulit, mengurangkan proses penuaan dan kesihatan dalaman. Bayangkan mereka di negara lain terpaksa membuat pembayaran sebegitu banyak untuk membeli produk yg telah diproses dgn marine collagen dr kepulauan Jepun ini, sedangkan kita mampu memiliki marine collagen hanya sekadar membuat pesanan dan amat murah. Kenapa perlu membazir wang jika kesihatan secara organik mampu kita miliki?