Thursday, 29 November 2012

Fungsi kolagen didalam badan anda boleh dipenuhi dengan pengambilan rumpai laut secara teratur dan berterusan.

Rumpai laut menghasilkan asid amino  penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin-melembapan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin mampu menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit juga mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit meningkatkan isyarat induksi menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.


Penternak ayam beri ayam makan rumpai laut.


Artikel dalam suratkhabar cina.Penternak ayam bagi ayam makan rumpai laut. 
Link - Ada gambar sebagai rujukan-  
http://mykampung.sinchew.com.my/node/79459?tid=5~
 TRANSLATION ARTICLE DALAM B.M
 Ladang ayam biasanya, di bawah tanggapan umum, diduduki oleh lalat menjijikkan dan bau busuk tahi ayam. Walau bagaimanapun, seseorang dalam abad ke-21 teknologi telah digabungkan prinsip sains biologi dan angkat 'Meningkatkan Alam Sekitar sebelum Meningkatkan Ayam', satu kaedah pertanian yang menggunakan rumpai laut organik semulajadi sebagai makanan teras untuk meningkatkan ayam di bawah bau bebas, terbang-persekitaran yang bebas, dan bebas bakteria, untuk mempunyai ayam berbulu yang indah dan daging tender kualiti yang terbaik. Dalam temu bual, kata Pengarah Urusan Produk Makanan VSafe, Xu Hong Qian, syarikat itu telah bekerjasama dengan beberapa kepakaran sains biologi di Amerika Syarikat, Jepun, dan Taiwan, untuk meningkatkan ayam dengan kaedah bioteknologi, tanpa menggunakan sebarang dadah seperti antibiotik, steroid, atau hormon. Rumpai Laut sebagai Laloo Teras Menurut Xu, ayam Wenchang Melayu telah berkembang dari benih gabungan Hainan-Wenchang ayam dan ayam Melayu tempatan. Ayam telah diternak free-range dalam persekitaran semulajadi yang cemerlang, diberi makan dengan rumpai laut sebagai makanan utama dan nutrien Alga sebagai makanan tambahan. Alga nutrien yang digunakan dalam makanan ternakan ayam dengan bioteknologi pelengkap

TRANLATION ARTICLE IN ENGLISH
 Chicken farms are usually, under a general impression, occupied by the disgusting flies and bad odour of the chicken manure. Nevertheless, someone in this technological 21st century has combined the principles of biological science and adopted ‘Raising the Environment before Raising the Chickens’, a farming method using the natural organic seaweeds as core fodder to raise the chickens under an odour-free, flies-free, and bacteria-free environment, in order to have the chickens beautifully feathered and the tender meat of best quality.  In an interview, said the Managing Director of VSafe Food Products, Xu Hong Qian, the company has partnered with some of the biological science expertise in the USA, Japan, and Taiwan, to raise the chickens with a biotechnological method, without using any drugs such as antibiotics, steroids, or hormones.  Seaweed as a Core Fodder  According to Xu, the Malay-Wenchang chickens were evolved from the combination seedlings of Hainan-Wenchang chickens and the local Malays chickens. The chickens were reared free-range in an excellent natural environment, fed with seaweeds as primary fodder and the Algae nutrients as supplementary feed. The Algae nutrients used in the chicken fodder with complementary biotechnology

Wednesday, 28 November 2012

Perlukan sijil halal bagi rumpai laut ???




Rumpai laut merupakan 100% (halal) ia tumbuhan semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar,batang dan daun.Rumpai laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek ditembusi cahaya matahari.Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih,tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.Marine kolagen atau kolagen dari sumber laut mudah mempunyai molekul yang rendah. Oleh itu ia mudah di serap oleh badan. Yang penting sumber marine tentu sekali halal

 



 
 

Spa dari rumpai laut anda mampu lakukan sendiri dirumah




8oz/ (225g) rumput laut kering di kisar menjadi serbuk
2 titis minyak essential lavender
1titis minyak essential rosemary
3 sudu makan (45ml) dari minyak almond atau minyak zaitun
Kaedah
Campurkan serbuk rumput laut kering yang sudah dikisar dengan jumlah kecil air suam untuk menghasilkan pes.
Campurkan minyak essential lavender dan rosemary bersama minyak almond / minyak zaitun, Kemudian adun ke dalam pes rumput laut. Jika pes terlalu kental/pekat tambahkan sedikit air atau lebih, Jika terlalu tipis dan berair, tambah lagi sedikit serbuk rumpai laut higga pes anda mempunyai konsisten yang baik.
Lumurkan campuran rumpai laut tersebut di seluruh tubuh bermula dengan kaki anda hingga ke atas. Bungkuskan diri anda dengan plastik  atau  selimut thermal foil Cover (boleh digunakan semula). Berkurung /berbaring di dalam bilik yang hangat untuk 20 untuk 30 minit sebelum membilasnya dengan berendam / mandi air yang hangat.
Cuba anda akan rasai kehebatannya.
                                                                                  

Kesan pengambilan yang teratur dan berterusan

Pengambilan pemakanan tambahan seperti KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT ini secara tidak langsung membantu memulih dan menjaga kulit dari dalam. Hasil positif dapat dilihat seawal 2-3 minggu pertama di mana fungsi utama kolagen ini berupaya meningkatkan keanjalan kulit badan secara keseluruhan, menambahkan keserian wajah, juga membantu mengurangi jerawat serta jeragat degil secara beransur2.. Selain dijadikan masker dan dicampur dalam jus minuman, jeli kolagen yang sudah dimasak ini juga sangat baik untuk dijadikan bahan sapuan untuk merawat luka kecil, melecur, gigitan serangga dan masalah kulit lain seperti kudis dan panau..

Tuesday, 27 November 2012

Cara penyediaan hidangan sup, tumisan sayur-sayuran dan jus dari rumpai laut.

CARA PENYEDIAAN

1. Bersihkan rumpai laut dari kotoran dan sisa-sisa kotoran.
2. Rendam dalam air, tukar air setiap jam, sehingga rumpai laut tersebut kembang dan lembut.
3. Tapiskan rumpai laut dari air dan keringkan (untuk mengekalkan kesegaran simpan di dalam peti sejuk).

HIDANGAN

1. SUP -
sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, didihkan dengan air, tambahkan gula batu, kurma merah, halia atau ginseng.

2. MASAKAN SAYUR-SAYURAN -
Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan , campurkan dalam apa jua masakan sayur-sayuran kesukaan.

3. JUS / PENCUCI MULUT -
Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, dikisar dan campurkan dalam apa jua jenis perisa jus kesukaan (penyediaan boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan).

Penjagaan kulit badan dengan rumpai laut


Penjagaan kulit badan dengan rumpai laut

Rumpai Laut penuh dengan vitamin dan mineral serta mengandungi sejumlah besar iodin. Rumpai laut dapat meringankan kesakitan, penyahtoksikan dalam tubuh, meningkatkan melancarkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, dan menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Alga dan mineral yang terkandung  pada rumpai laut ini juga dapat menenangkan stress dan benar-benar dapat melengkapi fungsi tubuh kita kerana ia adalah tinggi dengan kandungan kollagen yang baik untuk kulit dan organ lain.

Anda boleh menggunakan rumpai laut kering eucheuma cottonii warna coklat/merah/hijau  yang di blender menjadi serbuk sebagai alternatif untuk membuat membungkus tubuh anda sendiri, kerana ia masih memegang unsur-unsur mineral yang lebih kurang  sama seperti rumput laut segar.

Untuk hasil yang terbaik, anda perlu mandi dengan air hangat terlebih dahulu sebelum melakukan pembungkusan rumpai laut ini pada kulit badan anda. Dan banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi kerana rumpai laut mempunyai kesan diuretik yang kuat
.
Cara caranya

8oz/ (225g) rumput laut kering di kisar menjadi serbuk
2 titis minyak essential lavender
1titis minyak essential rosemary
3 sudu makan (45ml) dari minyak almond atau minyak zaitun
Kaedah
Campurkan serbuk rumput laut kering yang sudah dikisar dengan jumlah kecil air suam untuk menghasilkan pes.

Campurkan minyak essential lavender dan rosemary bersama minyak almond / minyak zaitun, Kemudian adun ke dalam pes rumput laut. Jika pes terlalu kental/pekat tambahkan sedikit air atau lebih, Jika terlalu tipis dan berair, tambah lagi sedikit serbuk rumpai laut higga pes anda mempunyai konsisten yang baik.

Lumurkan campuran rumpai laut tersebut di seluruh tubuh bermula dengan kaki anda hingga ke atas. Bungkuskan diri anda dengan plastik  atau  selimut thermal foil Cover (boleh digunakan semula). Berkurung /berbaring di dalam bilik yang hangat untuk 20 untuk 30 minit sebelum membilasnya dengan berendam / mandi air yang hangat.

Sunday, 25 November 2012

Pengkauan dari Dr.Chiraz Bogeida dari British Medical Board


Dah terbukti rumpai laut lebih berkesan dan selamat (tanpa bahan kimia) dari SK11.

Rumpai laut boleh membentuk semula kolagen didalam badan manusia.

Kolagen – protein dalam badan manusia dan haiwan. Ia merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Kolagen memberi struktur tisu perantaraan menjadikan kulit sihat, gebu, cantik dan anjal. Selain itu kolagen penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.
Kenapa perlu kolagen tambahan
Badan menghasilkan kolagen secara semulajadi. Bila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 1.5% setiap tahun. Kolagen juga mudah dimusnahkan oleh keracunan dalam system badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetik, wangian dan pencemaran persekitaran.
Kita semestinya memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen badan.
Bila usia kita mencecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari tubuh kita. Akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan, nampak kusam, jeragat mula kelihatan, hilang keanjalan dan sebagainya.
Kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen/perut kelihatan mengendur ke bawah.
Grade AAA
1. Diproses semulajadi warna purple,pengeringan cara traditional (hotwind)
2. Diproses sekali sahaja
3. Khsiatnya lebih tinggi
4. Bergaram
5. Berbau
6. Warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
7.warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
8. umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih
Grade AA
1. Diproses secara stim warna kekuningan,pengeringan cara pengwapan (stim)
2. Diproses 3 kali
3. Khsiatnya Kurang sedikit daripad gred AAA
4. Kurang garam
5. Kurang bau
6. Warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
7. umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih



Saturday, 24 November 2012

Kebaikan dan keburukan tentang rumpai laut



Khasiat dan Fakta menarik tentang rumpai Laut
1.Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
2.Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3.Alkaline dalam rumpai Laut tinggi adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi juga mengandungi kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc ianya cukup untuk keperluan kita.
4.Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan dan sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah.
5.Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6.Beberapa jenis rumpai Laut bertindak sebagai agen detox.Yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui najis.
7.Ekstrak rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8.Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9.Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10.Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.