Saturday, 12 January 2013

Simptom pesakit kelenjar TIROID dan cara merawatnya


Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
sakit tiroid

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Ringkaskannya sebaik mungkin supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda tiroid dan cara merawatnya.

    Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

        Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
        Hipotiroidisme

    Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

    Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
    Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
    Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
    Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

    Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

        Bengkak di leher
        Cirit birit
        Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
        Gementar dan gelisah, terketar-ketar
        Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
        Kesuburan turun
        Penumpuan kurang
        Mata menjadi besar (bulging)
        Angin yang tidak menentu
        Kejang otot
        Oesteoporosis (kereputan tulang)
        Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
        Suhu badan naik, tak tahan panas
        Rambut tidak kuat
        Sukar bernafas
        Sukar tidur
        Tekanan darah naik
        Turun berat badan walaupun selera naik
        Lemah

    

    Hipotiroidisme

    Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

    Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-

        bengkak kaki
        ingatan terganggu
        lembap
        malas
        kuat tidur
        badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

    Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

    Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

    Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Jadi sekiranya anda rasa diri anda ada tanda-tanda atau simptom-simptom yang dinyatakan di atas, jangan tunggu-tunggu lagi untuk berjumpa doktor.

Dan sekiranya doktor mengesahkan ia masih peringkat awal, apa kata anda cuba amalkan pengambilan PURE SUPER PREMIUM MARINE COLLAGEN kerana Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak). Lagi pun harga PURE SUPER PREMIUM MARINE COLLAGEN jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan makanan kesihatan lain yang mempunyai khasiat setandingnya

No comments:

Post a Comment