Tuesday, 4 December 2012

Kecantikan kulit dan kebaikan antioksida


Kecantikan kulit dan kebaikan antioksida :
Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh dihasilkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan menganggu kecantikan secara nyata.
Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit. Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan kulit itu sendiri.
Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Sistem utama bagi menjamin kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan dengan itu pengambilan nutrien adalah amat penting.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment