Friday, 14 December 2012

KAPAPHYCUS ALVERAZII

Penanaman rumpai laut telah diperkenalkan di sabah seawal tahun 1970-an lagi dan telah berkembang menjadi salah satu sumber ekonomi penting kepada Malaysia terutamanya negeri Sabah. Spesis rumpai laut KAPAPHYCUS ALVERAZII , merupakan sepsis yang diberi tumpuan dalam pertanian rumpai laut. Malaysia merupakan salah sebuah neagra pengimport rumpai laut seiring dengan negara Filipina dan Indonesia.
Kapaphycus Alverazii merupakan rumpai laut yang boleh dimakan yang tumbuh secara SEMULAJADI didalam laut. Rumpai ini tumbuh TANPA bantuan baja dan bahan kimia. Rumpai laut juga digunakan di dalam aplikasi industri farmasi,kosmetik dan makanan.
Ekstrak KARAGEENAN digunakan sebagai pengawal kelembapan lemak di dalam pemprosesan 'patty' daging. Ia juga digunakan dalam proses penjernihan bir, wain dan cuka.
Kappaphycus Alverazii mempunyai rasa seperti SARANG BURUNG dan penuh dengan nutrisi yang amat berguna kepada system tubuh manusia terutama dalam penjagaan KULIT, DIET PEMAKNAN SAYURAN DAN PENGAMBILAN SERAT HARIAN.
Kapaphycus Alverazii juga dikenali sebagai sarang burung laut kerana kandungan nutrisi seperti zat besi, kalsium, kolagen, omega-3 & omega-6, perbagai serat dan protein.

No comments:

Post a Comment