Wednesday, 21 November 2012

Cara Masker Muka mengikut kulit muka anda

Membuat Masker Muka:
Cuci bersih wajah dengan pencuci muka dan bilas. Lebih elok jika wajah diwapkan selama 10 hingga 15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit, kemudian baru disapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibawa tidur semalaman sebelum dicuci. Ia pantas menyerap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya, pori-pori wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk mendapat wajah yang lebih menawan.
Masker Untuk Kulit Berminyak
Sebatikan gel kolagen bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 hingga 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.
Masker Untuk Kulit Normal
Campurkan madu bersama gel kolagen ini dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 hingga 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu membuatkan kulit tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.
Masker Untuk Kulit Kering
Campurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 hingga 25 minit sebelum dibersihkan. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih muda, melambatkan penuaan dan melembabkan kulit.






No comments:

Post a Comment

Post a Comment