Penjagaan kulit badan dengan rumpai laut
Rumpai Laut penuh dengan vitamin dan mineral serta mengandungi sejumlah besar iodin. Rumpai laut dapat meringankan kesakitan, penyahtoksikan dalam tubuh, meningkatkan melancarkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme, dan menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Alga dan mineral yang terkandung pada rumpai laut ini juga dapat menenangkan stress dan benar-benar dapat melengkapi fungsi tubuh kita kerana ia adalah tinggi dengan kandungan kollagen yang baik untuk kulit dan organ lain.
Anda boleh menggunakan rumpai laut kering eucheuma cottonii warna coklat/merah/hijau yang di blender menjadi serbuk sebagai alternatif untuk membuat membungkus tubuh anda sendiri, kerana ia masih memegang unsur-unsur mineral yang lebih kurang sama seperti rumput laut segar.
Untuk hasil yang terbaik, anda perlu mandi dengan air hangat terlebih dahulu sebelum melakukan pembungkusan rumpai laut ini pada kulit badan anda. Dan banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi kerana rumpai laut mempunyai kesan diuretik yang kuat
.
Cara caranya
8oz/ (225g) rumput laut kering di kisar menjadi serbuk
2 titis minyak essential lavender
1titis minyak essential rosemary
3 sudu makan (45ml) dari minyak almond atau minyak zaitun
Kaedah
Campurkan serbuk rumput laut kering yang sudah dikisar dengan jumlah kecil air suam untuk menghasilkan pes.
Campurkan minyak essential lavender dan rosemary bersama minyak almond / minyak zaitun, Kemudian adun ke dalam pes rumput laut. Jika pes terlalu kental/pekat tambahkan sedikit air atau lebih, Jika terlalu tipis dan berair, tambah lagi sedikit serbuk rumpai laut higga pes anda mempunyai konsisten yang baik.
Lumurkan campuran rumpai laut tersebut di seluruh tubuh bermula dengan kaki anda hingga ke atas. Bungkuskan diri anda dengan plastik atau selimut thermal foil Cover (boleh digunakan semula). Berkurung /berbaring di dalam bilik yang hangat untuk 20 untuk 30 minit sebelum membilasnya dengan berendam / mandi air yang hangat.
No comments:
Post a Comment